Tuesday, January 18, 2011

2011: SEMOGA KEBERKATAN MENGIRINGI KITA SEMUA


Marilah kita sama-sama sentiasa mendoakan pendidik anak-anak kita. Kita juga harus mengingatkan anak-anak kita supaya sentiasa mendoakan guru-guru agar ilmu yang diperolehi adalah berkat. Sekeras mana sekalipun hati seorang guru itu, atau segarang mana sekali pun guru itu, apabila berdepan dengan murid yang baik dan hormat padanya, InsyaAllah, hatinya akan menjadi lembut untuk menyayangi murid tersebut. Pokoknya, doakanlah guru2 anak2 kita kerana berdoa untuk orang lain itu adalah lebih mustajab disamping kita mendapat habuan yang sama dengan orang yang kita doakan. Apalagi yang kita doakan itu adalah pendidik kepada amanah Allah.



“Ya Allah ya Rahman ya Rahim, Kau sayangilah guru-guru di SMK Paka, berkati hidup mereka sekeluarga, terimalah pengorbanan ikhlas mereka mendidik anak-anak kami. Semoga setiap langkah usaha mereka itu Kau redhai dan Kau jadikan mereka ahli JannatulfirdausMu. Amin Ya Mujib.”

0 comments on "2011: SEMOGA KEBERKATAN MENGIRINGI KITA SEMUA"

Post a Comment

 

PIBG SMK PAKA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez