Thursday, December 23, 2010

Sokongan PIBG penentu kejayaan PMR 2010

0 comments
 Tahniah. Sekalung tahniah diucapkan kepada pelajar PMR SMK Paka yang telah mengharumkan nama sekolah dengan mencatat peningkatan bilangan pelajar yang mencapai A dalam semua subjek. Seramai 13 orang telah mendapat A dalam semua subjek manakala 14 orang pula telah mendapat sekurang-kurangnya 7A. Untuk rekod, bilangan pelajar yang mendapat A dalam semua subjek pada PMR 2009 adalah seramai 7 orang sahaja. Pencapaian A dalam semua subjek telah meningkat mendadak pada tahun ini. Ini adalah sesuatu yang sangat bermakna buat semua warga SMK Paka terutama guru-guru, ibu bapa dan pelajar itu sendiri yang bertungkus lumus dalam mengejar kecemerlangan.
Tahniah! Excellence for all
Berikut adalah senarai pelajar yang mendapat A dalam semua subjek:
1) Amir Asyraf B. Mohamad Harith
2) Muhamad Fauzan B. Ab. Aziz
3) Mohd Afiq Firdaus B. Razali
4) Rasydan B. Mohamad
5) Azrul Nizam B. Mukti
6) W. Mohd Aminuddeen B. W.M. Shukri
7) Amirah Hanum Bt. M. Yusri
8) Hoo Rwi Chyi
9) Sow Yie Lin
10) Farah Nadzirah Bt. Mohd Rozi
11) Noor Nisrina Aqilah Bt. Mansor
12) Nur Balkhish Bt Jamal Abdul Nasser
13) Nuralisa Bt Zamri

Sunday, November 14, 2010

Ayahanda meriahkan jamuan akhir tahun MGK

0 comments
Majlis Guru dan Kakitangan SMK Paka telah menganjurkan jamuan akhir tahun kepada ahli-ahlinya sebagai simbolik kepada penutupan aktiviti bagi tahun 2010. Jamuan akhir tahun itu telah diadakan pada 11 November 2010 di Restoran Penyu. Pengerusi MGK, En. Rosli b Ismail mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan yang hadir dalam majlis itu dan berharap agar semua dapat mengambil peluang ini merapatkan ukhuwah di kalangan yang hadir. Rata-rata guru yang ditemui cukup berpuas hati dengan majlis yang diadakan dan berharap agar pengurusan MGK akan datang boleh menganjurkan majlis seumpama ini lagi.
Backdrop dan tayangan slaid turut menyerikan majlis tersebut
Tuan Pengetua bersama 'ayahanda' PIBG, Tn. Hj Taha
Tidak sabar menjamah makanan...

Guru yang bertukar juga turut dijemput.
*Layari Facebook SMK Paka untuk melihat gambar menarik sekitar majlis.

Thursday, October 28, 2010

Majlis Temu Murni

0 comments
Tarikh: 28 Oktober 2010



Friday, September 24, 2010

PIBG anjur Majlis Solat Hajat

0 comments
Tarikh : 23 September 2010
Masa : 6.30 petang
Tempat : Surau al-Hidayah
Pengisian Program : Pendaftaran ibu bapa/ penjaga
                                  Solat Maghrib Berjemaah
                                  Bacaan Yaasin
                                  Solat Isya' Berjemaah
                                  Solat Hajat
                                  Zikir Munajat
                                  Doa
Alhamdulillah...
Majlis berlangsung dengan jayanya. Para ibu bapa / penjaga dan guru bersama-sama pelajar PMR, SPM dan STPM memohon kecemerlangan di dalam pelajaran. Program ini dianjurkan oleh PIBG SMK Paka dan ini merupakan kali ke 3 penganjuran solat hajat kecemerlangan pada tahun ini.

Sorotan lensa Kamera:
Pendaftaran Ibu Bapa / Penjaga dan Pelajar
Solat Berjemaah
Pohon doa
Imam jemputan bersama Tuan Pengetua
Jamuan makan

Thursday, September 2, 2010

Program Indahnya Ramadhan

0 comments
 Tarikh: 2 September 2010



Monday, August 2, 2010

Solat Hajat mohon kecemerlangan anak-anak

0 comments
Tarikh: 27 Julai 2010
Tempat: Surau al-Hidayah, SMK Paka
Masa: 6.30 petang

Lensa Kamera




Mohon kecemerlangan peperiksaan anak-anak... Amin

Saturday, March 27, 2010

Mesyuarat PIBG 2010

0 comments
Tarikh: 27 Mac 2010



 

PIBG SMK PAKA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez