Friday, January 28, 2011

Ayahanda PIBG Meriahkan Kejohanan Merentas Desa


Rumah Merah mengungguli Kejohanan Merentas Desa Kali ke 15 Tahun 2011
Tarikh: 27 Januari 2011
Aktiviti/Program: Pendaftaran
                           Regangan
                           Larian Merentas Desa
                           Sarapan / Rehat
                           Penyampaian Hadiah
                           Perasmian Penutup
Kejohanan Merentas Desa Kali ke 15 SMK Paka sudah sampai ke kemuncaknya di mana pasukan Rumah Merah telah menjuarai kejohanan pada kali ini. Sekalung ucapan tahniah ditujukan kepada semua pelajar serta guru/kakitangan/pegawai kejohanan kerana telah berjaya mengendalikan kejohanan ini dengan penuh meriah. Ternyata latihan oleh pelajar yang dibuat selama 2 hari sebelum kejohanan banyak membantu pelajar memperbaiki catatan masa yang dibuat untuk menghabiskan larian. Hujan renyai-renyai di awal pagi juga tidak melunturkan semangat pegawai kejohanan serta pelajar untuk menyempurnakan kejohanan ini. Berikut disenaraikan  rumah sukan yang berjaya mengikut kategori yang dipertandingkan:
JOHAN KESELURUHAN - Rumah Mulia (Merah) 1953 mata
NAIB JOHAN - Rumah Kamil (Kuning) 1637 mata
TEMPAT KE 3 - Rumah Harmoni (Hijau) 1544 mata
Penyertaan peserta teramai - Rumah Bestari (Biru)

Johan Kategori
L 1 - Rumah Mulia (593 mata)
L 2 - Rumah Kamil (462 mata)
L 3 - Rumah Harmoni (336 mata)
P 1 - Rumah Mulia (460 mata)
P 2 - Rumah Harmoni (332 mata)
P 3 - Rumah Kamil (350 mata)

Tahniah kepada semua pemenang. Kalah dan menang adat pertandingan. Kepada yang tidak berjaya kita cuba lagi tahun hadapan. 
Imbasan suasana hari latihan dan pertandingan Kejohanan Merentas Desa Kali Ke 15 SMK Paka








Marshall menjalankan tugas
Peserta melalui check point

Pendaftaran peserta
Pegawai kejohanan segak bergaya







Johan keseluruhan

Kem Rumah Kuning. Go kuning go :-)

Tetamu VIP yang hadir

'Ayahanda' PIBG menyampaikan hadiah kepada pemenang

0 comments on "Ayahanda PIBG Meriahkan Kejohanan Merentas Desa"

Post a Comment

 

PIBG SMK PAKA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez