Tuesday, March 1, 2011

Anak-anak kita hebat



Atlit Olahraga SMK Paka telah berjaya mengekalkan kejuaraan dalam Kejohanan Olahraga MSS Dungun Kali ke 42 Tahun 2011 di Padang SMK Sultan Omar, Dungun. 
SMK Paka telah memperolehi 20 pingat emas, 12 pingat perak dan 6 pingat gangsa sekaligus mengalahkan pesaing terdekat SMK Sains yang mengutip 16 emas, 10 perak dan 6 gangsa. Kejayaan yang dicapai hasil daripada semangat juang yang tinggi daripada atlit bertanding serta sokongan yang padu daripada semua warga SMK Paka dan ibu bapa / penjaga.
Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua atlit bertanding dan kejayaan ini pastinya meletakkan SMK Paka sebagai sekolah yang cemerlang dalam bidang sukan.
'EXCELLENCE FOR ALL'





Glitter Photos




*Gambar sepanjang kejohanan sila layari Facebook SMK Paka

0 comments on "Anak-anak kita hebat"

Post a Comment

 

PIBG SMK PAKA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez