Friday, January 28, 2011

Ayahanda PIBG Meriahkan Kejohanan Merentas Desa

0 comments
Rumah Merah mengungguli Kejohanan Merentas Desa Kali ke 15 Tahun 2011
Tarikh: 27 Januari 2011
Aktiviti/Program: Pendaftaran
                           Regangan
                           Larian Merentas Desa
                           Sarapan / Rehat
                           Penyampaian Hadiah
                           Perasmian Penutup
Kejohanan Merentas Desa Kali ke 15 SMK Paka sudah sampai ke kemuncaknya di mana pasukan Rumah Merah telah menjuarai kejohanan pada kali ini. Sekalung ucapan tahniah ditujukan kepada semua pelajar serta guru/kakitangan/pegawai kejohanan kerana telah berjaya mengendalikan kejohanan ini dengan penuh meriah. Ternyata latihan oleh pelajar yang dibuat selama 2 hari sebelum kejohanan banyak membantu pelajar memperbaiki catatan masa yang dibuat untuk menghabiskan larian. Hujan renyai-renyai di awal pagi juga tidak melunturkan semangat pegawai kejohanan serta pelajar untuk menyempurnakan kejohanan ini. Berikut disenaraikan  rumah sukan yang berjaya mengikut kategori yang dipertandingkan:
JOHAN KESELURUHAN - Rumah Mulia (Merah) 1953 mata
NAIB JOHAN - Rumah Kamil (Kuning) 1637 mata
TEMPAT KE 3 - Rumah Harmoni (Hijau) 1544 mata
Penyertaan peserta teramai - Rumah Bestari (Biru)

Johan Kategori
L 1 - Rumah Mulia (593 mata)
L 2 - Rumah Kamil (462 mata)
L 3 - Rumah Harmoni (336 mata)
P 1 - Rumah Mulia (460 mata)
P 2 - Rumah Harmoni (332 mata)
P 3 - Rumah Kamil (350 mata)

Tahniah kepada semua pemenang. Kalah dan menang adat pertandingan. Kepada yang tidak berjaya kita cuba lagi tahun hadapan. 
Imbasan suasana hari latihan dan pertandingan Kejohanan Merentas Desa Kali Ke 15 SMK Paka








Marshall menjalankan tugas
Peserta melalui check point

Pendaftaran peserta
Pegawai kejohanan segak bergaya







Johan keseluruhan

Kem Rumah Kuning. Go kuning go :-)

Tetamu VIP yang hadir

'Ayahanda' PIBG menyampaikan hadiah kepada pemenang

Tuesday, January 18, 2011

2011: SEMOGA KEBERKATAN MENGIRINGI KITA SEMUA

0 comments
Marilah kita sama-sama sentiasa mendoakan pendidik anak-anak kita. Kita juga harus mengingatkan anak-anak kita supaya sentiasa mendoakan guru-guru agar ilmu yang diperolehi adalah berkat. Sekeras mana sekalipun hati seorang guru itu, atau segarang mana sekali pun guru itu, apabila berdepan dengan murid yang baik dan hormat padanya, InsyaAllah, hatinya akan menjadi lembut untuk menyayangi murid tersebut. Pokoknya, doakanlah guru2 anak2 kita kerana berdoa untuk orang lain itu adalah lebih mustajab disamping kita mendapat habuan yang sama dengan orang yang kita doakan. Apalagi yang kita doakan itu adalah pendidik kepada amanah Allah.



“Ya Allah ya Rahman ya Rahim, Kau sayangilah guru-guru di SMK Paka, berkati hidup mereka sekeluarga, terimalah pengorbanan ikhlas mereka mendidik anak-anak kami. Semoga setiap langkah usaha mereka itu Kau redhai dan Kau jadikan mereka ahli JannatulfirdausMu. Amin Ya Mujib.”

Mesyuarat AJK PIBG di akhir tahun 2010

0 comments
Tarikh: 17 Disember 2010
Tempat: Bilik Seri Menanti, SMK Paka
Agenda:
*Ucapan penasihat / pengetua
*Pengesahan minit mesyuarat
*Perkara berbangkit
*Aktiviti Tahun 2011
*Laporan Kewangan
*Laporan disiplin dan biro-biro
*Hal-hal lain


Keputusan Mesyuarat
1) Cadangan Mesyuarat Agong Tahunan pada 5 Mac 2011 / 19 Mac 2011
2) Permohonan untuk mendapatkan pondok menunggu bas
3) Permohonan bonggol jalan di hadapan sekolah
4) Bersetuju membina 'suntoh' Surau sekolah

Laporan Mesyuarat AJK PIBG

0 comments
Tarikh: 12 Mei 2010
Agenda:
*Perlantikan Biro-Biro
*Perancangan aktiviti tahunan
*Laporan Kewangan
*Laporan oleh En Azman B. Mohd Nor (GPK HEM) berkaitan disiplin sekolah




Keputusan Mesyuarat
1) Bersetuju mengadakan gotong royong kebersihan sekolah pada 15 Mei 2010
2)Bersetuju mengadakan Program Motivasi yang dikelolakan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga

Saturday, January 8, 2011

PIBG SMK Paka salah satu faktor kejayaan PMR 2010

0 comments
Keratan Akhabar Berita Harian 6 Januari 2011 (Sila klik gambar untuk besarkan)

Seramai 13 orang pelajar cemerlang yang mendapat semua A dalam PMR 2010 baru-baru ini telah mengharumkan nama sekolah apabila nama mereka terpampang di dada-dada akhbar utama negara bertarikh 6 Januari 2011.

Pihak sekolah berasa bersyukur di atas kejayaan ini dan amat berharap agar pelajar lain meneruskan kesinambungan kecemerlangan yang ditunjukkan oleh pelajar cemerlang tersebut. Dengan slogan 'Excellence For All' yang menjadi pegangan semua warga SMK Paka, tidak mustahil kejayaan yang diharapkan pasti menjadi kenyataan. Ayuh kita buktikan...

Monday, January 3, 2011

Imbasan Aktiviti 2010

0 comments
PIBG turut sama menyumbang dan memberikan sokongan dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang dianjurkan pihak SMK Paka.

 

PIBG SMK PAKA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez